:: Monolog Seorang Hamba ::

" Tiada simpanan yang lebih bermakna melainkan ilmu yang bermanfaat"




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Segala puji ku rafa’kan kepada yang Maha terpuji. Tidak terdaya untukku ungkapkan dengan kata-kata ini. Biarlah hati ini yang mendendangkan pujian itu kepadaNya. Terus-menerus hingga sampai detik waktunya berhenti..

Al Bukhari Muslim meriwayatkan daripada Umar r.a., beliau berkata :

” Pernah sekumpulan tawanan dihadapkan kepada Rasulullah S.A.W. Ketika ada seorang tawanan wanita diantaranya, tiba-tiba wanita tadi menemukan seorang bayi kecil (anaknya yang terlepas dari pelukannya), lalu didukung dan disusuinya. Melihat kejadian itu, Rasul bersabda kepada para sahabat : ‘bagaimana menurut kamu, sanggupkan wanita itu mencampakkan anaknya ke dalam api?..’ Para sahabat menjawab : ‘tidak, demi Allah..’. Baginda lalu bersabda : ‘sesungguhnya kasih sayang Allah kepada hambaNya jauh lebih besar daripada kasih sayang wanita tersebut kepada anaknya.. “

(riwayat al-Bukhari no 5653 dan Muslim no 2754-buku ringkasan Riyadhus Solihin)

Lihatlah wahai mata,
betapa sayangnya Allah kepadamu..
Di anugerahkan dua kelopak mata dan siap di hiasi bulu mata sebagai pendinding habuk..
Bayangkan kalau semuanya itu tiada..
Bisa sahaja kamu tidak dapat melihat..
sayangkan Allah kepadamu..

Lihatlah wahai badan,
betapa sayangnya Allah kepadamu..
Di hadiahkan mu kulit sebagai pakaian untukmu..
Cuba kamu bayangkan jika kulitmu tiada?
Bagaimana mungkin kamu dapat menahan dirimu dari serangan bakteria dan virus yang buas..
sayangkan Allah kepadamu..

Lihatlah wahai telinga,
betapa sayangnya Allah kepadamu..
Di berikan cuping sebagai sahabat baikmu..
Cuba kamu bayangkan jika cuping itu tiada?
Masakan kamu dapat mendengar segalanya dengan baik..
sayangkan Allah kepadamu..

Jika kita nak menghitungkan segala apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita,
ana yakin tidak akan habislah hari-hari yang berlalu semata-mata untuk menyenaraikan ke semua itu..
Betapa tak terhitungnya kasih sayang Allah kepada kita..

Buat kali ini,
biarlah lagu yang mendendangkan bahasa jiwa..
setelah fikiran penat memerah idea..
jari-jemari semakin lesu untuk meneruskan rentaknya..




0 comments:

Post a Comment

music please

Tentang Aku

" Seorang hamba yang hina sedang bertebaran di atas muka bumi Allah untuk mencari sekelumit cahaya Illahi keberkatan serta rahmatNYA"

وجه الكتاب/ Tambah di Mukabuku :)