:: Monolog Seorang Hamba ::

" Tiada simpanan yang lebih bermakna melainkan ilmu yang bermanfaat"


Islam adlh agama yg komprehensif. Perkara ini berkait rapat dengan konsep syumuliyyah iaitu kesempurnaan. Dalam hal ini, ALLAH menerangkan dalam Surah AL-BAQARAH:42;" Pada hari ini Aku sempurnakan untukmu agamamu dan Aku sempurnakan untukmu nikmat-Ku dan Aku meredhai Islam itu agamamu." Dalam tafsir Ibnu Katsier,Tafsir Al-Quran Al-Azim, berkata:" Ini adalah nikmat paling agung yg dikurniakan ALLAH kepada ummat ini. Apabila ALLAH menyempurnakan agama ini, ummat Islam tidak memerlukan agama lain selain Islam dan mereka juga tidak memerlukan nabi lain[selepas Nabi Muhammad S.A.W.]"


Bagi memerincikan lagi konsep ini, dalam Usul 20,Imam Hassan Al-Banna berkata:" Ajaran Islam adalah menyeluruh mencakupi kesemua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummah. Ia adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Ia juga merupakan pengetahuan dan undang2 ataupun ilmu dan kehakiman. Islam juga menekankan aspek kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Di samping itu, Islam mementingkan Jihad dan dakwah atau ketenteraan dan fikrah. Islam adalah aqidah yg benar dan ibadah yg sah."

Oleh sbab Islam sudah lengkap, maka segala ideologi mahupun falsafah tidak perlu dicampuraduk. Inilah yg hendak dijelaskan oleh ALLAH dalam Surah AL-BAQARAH:42;" Jangan kamu mencampuradukkan yg haq dengan yg bathil dan jangan kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahui."

Kesimpulannya, Islam adalah agama yg benar sehingga Hari Qiamat. Maka, senantiasalah berpegang dengan "tali" ALLAH sehingga bertemu yg maha Esa.

Insya-ALLAH akan ku sambung coretan ini dalam tajuk "Al-Quran dan Sains"

[Ya ALLAH saksikanlah aku telah menyampaikannya.]


Hakikat yg tdk sptutnya dilupakan, dlm setiap kejadian manusia terdapt satu sifat yg MESTI diakui kewujudannya. Ia adalah sifat lemah pd manusia itu sndri.Manusia sejak lahir ke dunia bersamanya kelemahan yg kkl shingga mati.ALLAH berkali2 mengingtkan manusia mengenai kelemahan2 itu.



ALLAH menjelaskannya di dalam surah AL-NISAK ayat 28:
"Dan kerana manusia itu dijadikan (berkeadaan) lemah."

ALLAH menjelaskan lg dlm surah AL-RUM ayat 54:
"Allah yg mnciptakan kamu yg brmula dgn keadaan lmh,slps keadaan lmh itu ia menjadikan kamu kuat, setelah itu ia menjadikan kamu lemah semula."

Maka sudah jelaslah bhw manusia itu lahir dlm keadaan lmh yg tdk mmpu berbuat apa2 pd ketika itu [bayi].Kemudian Allah menjdikan manusia itu kuat yakni pd usia muda.Lalu, Allah kembalikan kpd sifat semula jadi manusia yakni lmh pada usia tua.SUBHANALLAH,sungguh teratur sgla ciptaan-NYA.

Oleh itu,manusia perlukan kekuatan untuk membantunya.Siapakah yg dpt membantu?Tidak lain tidak bukan ALLAH yg maha gagah adalah jawapannya.Dalam hal ini, ALLAH menjelaskan di dala surah AZ-ZARIAT ayat 58:
"Sesungguhnya Allah, dialah shja yg mmberi rezeki yg mempunyai kekuasaan yg tdk terhingga lg yg amat kuat kukuh kekuasaan -NYA."

Maka,tidak ada yg lbh kuat dan lebih berkuasa daripada ALLAH.Itu adalah aqidah dan kepercayaan kita.Aqidah yg tidak boleh luntur selamanya.Aqidah itu yg memberi perangsang bhw kelemahan itu bersifat sementara yakni sebelum beriman kpd ALLAH.

Jelaslah kini tempat pergantungan manusia yg sebenar adalah ALLAH.Kekuatan yg tidak dpt dikalahkan oleh mana2 kuasa pun apabila kita percaya dngn kekuasaan dan kegagahan ALLAH.

Maka,senantiasalah bergantung harap kpd ALLAH terhadap perkr2 yg baik setelah berusaha bersungguh2 trhdp prkr itu.
"Bersama kita berubah, melangkah sebatu ke hadapan."


music please

Tentang Aku

" Seorang hamba yang hina sedang bertebaran di atas muka bumi Allah untuk mencari sekelumit cahaya Illahi keberkatan serta rahmatNYA"

وجه الكتاب/ Tambah di Mukabuku :)