:: Monolog Seorang Hamba ::

" Tiada simpanan yang lebih bermakna melainkan ilmu yang bermanfaat"

Assalamu'alaykum...


Sedikit perkongsian untuk kita bersama. Bila sebut pasal sopan, mesti terbayang wajah2 muslimah yang bertudung labuh, berjubah atau mungkin memakai niqab.. :) macam gamba kat bawah ni.. hehe,,
ehmM..dah2,sikit2 je.. :P

hmm, sebenarnya..tidak semestinya insan yg digelar HAWA sahaja yg prlu mmpunyai sifat penyantun ini. Tidak terkecuali juga insan yg digelar ADAM yg majoritinya suka mengon"troll" tahap ke"macho"annya..hehek, (terase plak orng yg menulis nih :P)..Knape ek??laki pon kene sopan ke?? haisy,mesti le..sebab tu antara sifat2 nabi..btul tak?? Pernah suatu ketika, nabi senyum mngalahkan seorang jelitawan yg berselindung di sebalik tabir..wahh,tak terbayangkn.. :)

Di antara sifat yg trpuji dan baik, adalah penyantun ketika marah..sebab, sifat kesopanan ini merupakan pokok segala keutamaan , sumber segala kebaikan dn pangkal ketenangan serta kedamaian. Zaman ini, manusia kebanyakannya menjulurkan lidah di blkang kehidupan material dn meninggalkan ajaranNya. Maka tak hairanlah muncul brbagai penyakit yg berbahaya antaranya sifat marah. Kerana marah, berapa bnyak rumah tangga yg runtuh. Berapa banyk yg bercerai kerana sifat marah. Berapa bnyk ank2 yg terlantar..ce cite ce cite,, hehe..

Maka, SOPAN KETIKA MARAH tak bleh dpndang enteng,, sbb?? " Haisy, asek nak sebab jek en korang nih.." ahah,ni bleh jdi sbb yg kukuh..inshaAllah..

Sabda Rasulullah SAW kpd Asyaj Abdil-qais:

"Pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah dan RasulNya, iaitu penyantun dan sabar"

(Tiada simpanan y lebih berguna dari ilmu y bermanfaat)..

salamullahi'alaykum.. :)















"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?" "Tak.."


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."


"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."












"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"


"Dalam tv la.."


"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."


"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."


"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."


"So..?"


"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"


"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."


"Peliknya.." "Sebab apa pulak pelik?"


"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.." "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."


"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"


"Ya.. tak pelik.."


"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."


"Erk.. kau betul.."


("berdakwah x smestinye dgn ilmu yg tinggi, ttpi logik akal fikiran prlu diselitkn") :-)

Dan hendaklah ada di kalangan kamu suatu ummah (kumpulan) yang menyeru kepada kebaikan. Dan memerintahkan kepada ma’aruf serta mencegah dari kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” al-Imran : 104

..بسم الله الرحمن الرحيم


Sejak dahulu lagi jiwa ini kosong. Penuh tapi kosong. Selama ini jiwa ini dipenuhi oleh sampah. Sampah yang tiada gunanya. Sumbangannya hanya pada pencemaran. Hanya membawa kepada keburukan dan kebinasanaan. Bukan sampah sahaja yang mencemari hati ini, malahan hati ini dicemari juga oleh suntikan-suntikan beracun. Hegemori dan sifat hedonisme disuntik ke dalam hati ini supaya dapat meresap dan sebati dengan jiwa lantas mempengaruhi segala tindak-tanduk yang dilakukan.

Tiada lagi ruang untuk iman, taqwa, tauhid, sifat qanaah atau zuhud. Cahaya tidak lagi dapat menembus hati ini. Hatta segala bidaah diterima begitu sahaja tanpa diperiksa kebenaran dan dalil-dalilnya. Tiada lagi kehadiran simpati akibat ditelenggelami nafsu yang tidak terbatas. Tiada lagi kasih sayang akibat dibedil perasaan dendam. Cinta tidak lagi muncul akibat diselubungi api amarah.

Semua itu hilang. Hilang tidak tahu di mana lagi hendak dicari. Kemungkinan besar pupus ditewaskan oleh titik-titik hitam yang bermastautin di dalam hati yang amat sukar dikalahkan kerana populasinya yang tinggi. Ia hanya boleh dikalahkan oleh satu cahaya. Begitu malang sekali kerana cahaya tidak dapat menembusi kerana hati terlalu dipenuhi oleh satu populasi yang bersifat parasit yang telah menghakis ehsan dalam diri setiap insan.


"Sayangilah hati anda,penuhilah dngn sifat2 Rasulullah sbnyk yg mngkin.. dari hati lahirlah seorang insan yg mengasihi dan dikasihi" :)

(renungan buat kte brsame :)

salamullahi'alaykum...

BISMILLAH..


Dari Abu Hurairah r.a katanya:Nabi saw. bersabda yang maksudnya:Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.

(Riwayat Bukhari)
Huraian :

* Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa sahaja pemberian Allah SWT apalagi menghinanya kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyaknya nikmat tersebut termasuklah pemberian yang tidak kita sedari.
* Oleh itu jangan kita merasa kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Hal ini kerana jika kita mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini dan hal demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah sehingga tiba suatu masa kelak, Allah SWT akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya itu dan menggantikannya dengan kesusahan. Ketika itulah kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya.

* Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Oleh itu dalam apa juga perkara kita hendaklah bersifat qanaâah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah ada berfirman yang maksudnya:
boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui.(al-Baqarah:216)


Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

- Artikel iluvislam.com

music please

Tentang Aku

" Seorang hamba yang hina sedang bertebaran di atas muka bumi Allah untuk mencari sekelumit cahaya Illahi keberkatan serta rahmatNYA"

وجه الكتاب/ Tambah di Mukabuku :)