:: Monolog Seorang Hamba ::

" Tiada simpanan yang lebih bermakna melainkan ilmu yang bermanfaat"

..بسم الله الرحمن الرحيم


Sejak dahulu lagi jiwa ini kosong. Penuh tapi kosong. Selama ini jiwa ini dipenuhi oleh sampah. Sampah yang tiada gunanya. Sumbangannya hanya pada pencemaran. Hanya membawa kepada keburukan dan kebinasanaan. Bukan sampah sahaja yang mencemari hati ini, malahan hati ini dicemari juga oleh suntikan-suntikan beracun. Hegemori dan sifat hedonisme disuntik ke dalam hati ini supaya dapat meresap dan sebati dengan jiwa lantas mempengaruhi segala tindak-tanduk yang dilakukan.

Tiada lagi ruang untuk iman, taqwa, tauhid, sifat qanaah atau zuhud. Cahaya tidak lagi dapat menembus hati ini. Hatta segala bidaah diterima begitu sahaja tanpa diperiksa kebenaran dan dalil-dalilnya. Tiada lagi kehadiran simpati akibat ditelenggelami nafsu yang tidak terbatas. Tiada lagi kasih sayang akibat dibedil perasaan dendam. Cinta tidak lagi muncul akibat diselubungi api amarah.

Semua itu hilang. Hilang tidak tahu di mana lagi hendak dicari. Kemungkinan besar pupus ditewaskan oleh titik-titik hitam yang bermastautin di dalam hati yang amat sukar dikalahkan kerana populasinya yang tinggi. Ia hanya boleh dikalahkan oleh satu cahaya. Begitu malang sekali kerana cahaya tidak dapat menembusi kerana hati terlalu dipenuhi oleh satu populasi yang bersifat parasit yang telah menghakis ehsan dalam diri setiap insan.


"Sayangilah hati anda,penuhilah dngn sifat2 Rasulullah sbnyk yg mngkin.. dari hati lahirlah seorang insan yg mengasihi dan dikasihi" :)

(renungan buat kte brsame :)

salamullahi'alaykum...

2 comments:

menarik...satu perkongsian yg bek..

inshAllah..renungan brsame2..Allahumma fashhad..hasbiAllahu wani'mal wakil,

Post a Comment

music please

Tentang Aku

" Seorang hamba yang hina sedang bertebaran di atas muka bumi Allah untuk mencari sekelumit cahaya Illahi keberkatan serta rahmatNYA"

وجه الكتاب/ Tambah di Mukabuku :)