:: Monolog Seorang Hamba ::

" Tiada simpanan yang lebih bermakna melainkan ilmu yang bermanfaat"


Islam adlh agama yg komprehensif. Perkara ini berkait rapat dengan konsep syumuliyyah iaitu kesempurnaan. Dalam hal ini, ALLAH menerangkan dalam Surah AL-BAQARAH:42;" Pada hari ini Aku sempurnakan untukmu agamamu dan Aku sempurnakan untukmu nikmat-Ku dan Aku meredhai Islam itu agamamu." Dalam tafsir Ibnu Katsier,Tafsir Al-Quran Al-Azim, berkata:" Ini adalah nikmat paling agung yg dikurniakan ALLAH kepada ummat ini. Apabila ALLAH menyempurnakan agama ini, ummat Islam tidak memerlukan agama lain selain Islam dan mereka juga tidak memerlukan nabi lain[selepas Nabi Muhammad S.A.W.]"


Bagi memerincikan lagi konsep ini, dalam Usul 20,Imam Hassan Al-Banna berkata:" Ajaran Islam adalah menyeluruh mencakupi kesemua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummah. Ia adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Ia juga merupakan pengetahuan dan undang2 ataupun ilmu dan kehakiman. Islam juga menekankan aspek kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Di samping itu, Islam mementingkan Jihad dan dakwah atau ketenteraan dan fikrah. Islam adalah aqidah yg benar dan ibadah yg sah."

Oleh sbab Islam sudah lengkap, maka segala ideologi mahupun falsafah tidak perlu dicampuraduk. Inilah yg hendak dijelaskan oleh ALLAH dalam Surah AL-BAQARAH:42;" Jangan kamu mencampuradukkan yg haq dengan yg bathil dan jangan kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahui."

Kesimpulannya, Islam adalah agama yg benar sehingga Hari Qiamat. Maka, senantiasalah berpegang dengan "tali" ALLAH sehingga bertemu yg maha Esa.

Insya-ALLAH akan ku sambung coretan ini dalam tajuk "Al-Quran dan Sains"

[Ya ALLAH saksikanlah aku telah menyampaikannya.]

1 comments:

wah hbt sungguh

Post a Comment

music please

Tentang Aku

" Seorang hamba yang hina sedang bertebaran di atas muka bumi Allah untuk mencari sekelumit cahaya Illahi keberkatan serta rahmatNYA"

وجه الكتاب/ Tambah di Mukabuku :)