:: Monolog Seorang Hamba ::

" Tiada simpanan yang lebih bermakna melainkan ilmu yang bermanfaat"















"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?" "Tak.."


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."


"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."












"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"


"Dalam tv la.."


"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."


"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."


"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."


"So..?"


"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"


"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."


"Peliknya.." "Sebab apa pulak pelik?"


"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.." "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."


"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"


"Ya.. tak pelik.."


"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."


"Erk.. kau betul.."


("berdakwah x smestinye dgn ilmu yg tinggi, ttpi logik akal fikiran prlu diselitkn") :-)

Dan hendaklah ada di kalangan kamu suatu ummah (kumpulan) yang menyeru kepada kebaikan. Dan memerintahkan kepada ma’aruf serta mencegah dari kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” al-Imran : 104

0 comments:

Post a Comment

music please

Tentang Aku

" Seorang hamba yang hina sedang bertebaran di atas muka bumi Allah untuk mencari sekelumit cahaya Illahi keberkatan serta rahmatNYA"

وجه الكتاب/ Tambah di Mukabuku :)